Mundo Deportivo: NFL berbincang dengan Barcelona untuk anjur perlawanan di Camp Nou, boleh bawa €10 juta setahun
Selepas kejayaan penganjuran dua perlawanan National Football League (NFL), liga itu turut merancang untuk berkembang ke Camp Nou, Barcelona. Menurut Mundo Deportivo, pembuat keputusan daripada liga paling berjaya di dunia itu telah membuka rundingan dengan Barcelona berhubung rancangan untuk menganjurkan perlawanan di Camp Nou bermula 2029.

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian siap, Camp Nou akan mempunyai kapasiti 104,000 penonton dan infrastruktur ultra-moden, menawarkan keselesaan luar biasa serta keadaan ideal untuk siaran televisyen. Bandar raya Barcelona juga serba lengkap untuk menampung ratusan ribu penyokong dari seluruh Eropah. Bagi NFL, ia merupakan destinasi yang sangat menarik, di samping menawarkan potensi ganjaran kewangan yang besar untuk Barcelona, dengan Real Madrid dianggarkan memperoleh hampir €10 juta bagi setiap perlawanan yang dianjurkan.