Utama › Berita Bola & Komen › Thierry Henry inspirasi Alexander Isak, gaya Newcastle mirip legenda Perancis
Thierry Henry inspirasi Alexander Isak, gaya Newcastle mirip legenda Perancis
Siapa sangka Thierry Henry merupakan salah satu sebab Alexander Isak terinspirasi untuk menceburi bola sepak.

Apabila difikirkan semula... sepanjang bersama Newcastle, gaya permainan Isak sememangnya mirip Henry.
Isak menyertai Newcastle dari Real Sociedad pada 2022 dan menjaringkan 54 gol Liga Perdana sepanjang tempohnya di sana. Selepas aksi cemerlang menentang Everton pada 2023, pengurus Eddie Howe secara terbuka menyatakan bahawa Isak memiliki kualiti seperti Henry. Pada 2025, Isak meninggalkan Newcastle untuk menyertai Liverpool, di mana dia kini beraksi.